Thursday, June 18, 2009

Sapa sebenarnya Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain

Penganalisis politik anggap kenyataan Nik Aziz keterlaluan

PETALING JAYA: Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan dilihat sebagai keterlaluan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tindakan tersebut akan lebih mengeruhkan lagi hubungan sesama ahli dalam PAS.

"Bagi saya tindakan Nik Aziz itu agak keterlaluan kerana beliau tidak boleh terikat dengan gaya politik dan pemikiran konservatif," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz itu yang turut menyifatkan cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Ahmad berkata pada dasarnya Nik Aziz tidak melihat tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan mengenai kerajaan perpaduan tersebut akan memberi kebaikan kepada parti itu.

"Nik Aziz tak nampak tindakan Hadi itu adalah untuk hidupkan kembali karier politik PAS yang hampir ditelan oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP.

"Adalah lebih baik PAS berkawan dengan Umno...kawan tak semestinya nak kahwin, kawan untuk kebaikan bersama," katanya.

Malah Ahmad berkata Nik Aziz masih fobia dengan kerajaan campuran yang terjalin antara Umno-PAS pada tahun 1973-1977.

"Jelas kelihatan Nik Aziz masih takut dan fobia dengan pengalaman lalu sewaktu PAS menjalinkan hubungan dengan Umno hingga terbentuknya kerajaan campuran.

"Tapi itu semua kisah lama dan Nik Aziz perlu lebih terbuka dalam soal ini.

"Saya tak boleh kata Nik Aziz tak matang dalam soal ini kerana beliau adalah orang lama dalam bidang politik, tapi sememangnya tindakan beliau kali ini memang tak tepat," katanya.

Kata Ahmad lagi tindakan Nik Aziz membantah pembentukan kerajaan perpaduan juga seakan mahu terus menanam sikap benci dan marah kepada Umno.

"Kenapa benci sangat dengan Umno, mereka sudah banyak berubah dengan menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak berkualiti.

"Kita perlu beri mereka peluang... kalau kerajaan campuran dulu gagal, tak semestinya idea kerajaan perpaduan yang disyorkan kini juga akan gagal," katanya.

Sementara itu Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siva Murugan Pandian pula berkata, Nik Aziz seharusnya mengelak membuat kenyataan seperti itu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan dalaman PAS.

"Kenyataan itu hanya akan memanjangkan lagi masalah dalaman dalam PAS yang berlanjutan sejak isu kerajaan perpaduan mula dibangkitkan," katanya.

"Perkara ini akan menimbulkan kesan besar terutamanya kepada penyokong Nasharuddin kerana beliau baru sahaja mengekalkan jawatanya sebagai Timbalan Presiden PAS," katanya.


Dipetik dari mstar online



Ahmad Atory Hussein hanya jadi tukang kempen Umno
Sat | Jan 20, 07 | 6:07:29 pm MYT

Saudara Pengarang
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Atory Hussein sering kali diminta komen media massa arus perdana berhubung tindakan parti-parti pembangkang memboikot pilihan raya kecil Dun Batu Talam.


Tidak seperti komen-komen ahli akademik lain yang dipetik media massa, komen Ahmad Atory kelihatan amat beremosi dan langsung tidak berciri akademik. Isu utama mengapa tindakan boikot itu dibuat iaitu kepincangan SPR dan kelemahan proses pilihan raya yang diakui sendiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak langsung disentuh Atory. Apa yang asyik diulang-ulang oleh beliau adalah kenyataan lapuk bahawa parti-parti pembangkang takut kalah di Batu Talam.

Jika inilah standard pandangan ahli akademik, tidak hairanlah jika mutu universiti tempatan dipertikaikan ramai.

Ahmad Atory nampaknya lebih suka menyambung lidah pemimpin Umno dalam apa jua isu membabitkan perkembangan politik tanah air. Tidak hairanlah jika dalam mana-manapun diskusi akademik yang disertainya, beliau bercakap lebih Umno daripada pemimpin Umno. Kajiannya pun banyak berkisar tentang Umno seperti sahabat karibnya yang meninggal dunia ketika menyandang Naib Canselor UUM, Allahyarham Fawzi Mohd Basri.

Jika Ahmad Atory rasakan dirinya lebih berani berbanding parti-parti politik pembangkang, suka saya sarankan kepada beliau untuk meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan berpolitik seperti 'anak jantan'. Jangan jadikan jawatan pensyarah sebagai platform untuk memuja-muji Umno dan BN bagi mengharapkan habuan di kemudian hari.

Bukankah kakitangan kerajaan dilarang daripada terlibat dalam politik kepartaian? Maka eloklah Ahmad Atory meletakkan jawatan dan berkecimpung dengan penuh berani dalam politik Umno yang penuh cabaran dan rintangan.


Di petik Dari harakahdaily.net

3 comments:

  1. Dah nama pun penganalisis politik, bukannya pak cik kedai kopi

    ReplyDelete
  2. ahmad atory ni pengANAlisis tahap kedai kopi je...ahli akademik sepatutnya tiada bias pada mana2 pihak - tapi si atory (bukan barthory ke?) ni pengampu BN no 1...hampeh

    ReplyDelete
  3. pas mmg dh lama sampah hehee

    ReplyDelete